LIGALIMA : BOLASEPAK MILIK SEMUA
Sunday, 25 October 2009 19:24
Written by Mohd Faizan

Dilihat daripada tiga artikel sebelum ini, semuanya bagai retorik-retorik yang terawang-awangan. Tetapi jika diamati dengan teliti, artikel-artikel tersebut sebenarnya rangkuman sedikit sebanyak isu-isu bolasepak tanahair. Ia sebenarnya adalah buah fikiran serta hasil sumbang-saran kalian semua di platform maya HarimauMalaya.Com selama ini.
Siri kali ini tidak lagi mahu berteka-teki tetapi bertujuan mengenengahkan cita-cita tinggi wadah ini ‘untuk memartabatkan kembali persada bolasepak Malaysia’, menelusuri denai-denai baru, mencabar potensi diri sendiri dan memulakan suatu projek yang eksperimental dan tidak konvensional.
Konsep ini juga bakal didasarkan kepada keistimewaan mendaftar keahlian ekslusif bersama HarimauMalaya.Com. Konsep yang diharapkan bakal menambahkan ahli-ahli baru dan meningkatkan minat dan kesedaran terhadap peri pentingnya menyokong senario bolasepak tempatan. Ringkas diberitakan di sini, projek ini diimpikan menjadi medan uji prototaip sebuah model baru pemilikan dan pengurusan pasukan-pasukan yang dibentuk. Satu model yang akan memartabatkan integriti, ketelusan dan demokrasi. Dan kerana bolasepak milik semua, semuanya punya tempat masing-masing.
Kami namakan projek ini : LIGALIMA.
[Nantikan Tanggal 1 November 2009]

Newer news items:
Older news items: