Mostly Cloudy

Kuala Lumpur, MY

28°C

Mostly Cloudy

Humidity: 79%

Wind: N at 2 mph

Advertisement

HarimauMalaya | Malaysia's Football Enthusiast Resource Community

Misi Kedah pertahan maruah

KUALA LUMPUR - Walaupun hanya mengharapkan keajaiban untuk layak ke separuh akhir Piala AFC, Kedah berjanji akan memberi tentangan sengit, malam ini kepada Al Muharraq demi menjaga maruah mereka sebagai sebuah pasukan terhebat dalam liga negara ini.

Ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, dia mengharapkan anak- anak buahnya mampu memperagakan aksi terbaik walaupun ketinggalan dengan agregat 5-0 dalam perlawanan suku akhir pertama minggu lepas di Manama, Bahrain

''Kami berjanji akan melakukan yang terbaik terutama sekali beraksi di Stadium Darulaman di hadapan penyokong sendiri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Jelasnya, perlawanan malam ini mungkin dianggap sukar tetapi bagi menjaga maruah pasukan serta menguji tahap prestasi menjelang musim baru, pemain Kenari bersedia untuk bermain bermati-matian.

''Memang saya akui perlawanan menentang mereka (Muharraq) di Manama tempoh hari agak sukar berikutan ketiadaan pemain import bagaikan berperang tanpa senjata.
 

Manchester United ke Malaysia

Nantikan kemunculan Manchester United yang akan bertandang ke Malaysia pada 26 July 2009. Mereka juga akan menentang pasukan Kebangsaan Malaysia di dalam perlawanan persahabatan bersempena dengan Asia Tour 2009

Sebarang Perbincangan mengenai perlawanan ini boleh dilajukan ke thread di bawah
http://harimaumalaya.com/forum/viewtopic.php?f=10&t=1663&st=0&sk=t&sd=a

Pestabola batal, skuad B-23 jadi mangsa

RUANG persiapan skuad bawah 23 tahun kebangsaan untuk menghadapi temasya Sukan Sea di Laos, Disember ini, makin mengecil selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini mahu membatalkan penganjuran Pestabola Merdeka, bulan depan.

Perlawanan Akhir Piala FA

Selangor Tutup Kempen Liga Super Penuh Bergaya



SELANGOR menutup sessi Liga Super musim 2009 dengan penuh bergaya apabila melepaskan geram membelasah pasukan Pahang dengan jaringan besar 5-1 di Stadium Shah Alam.

Selangor yang telahpun disahkan sebagai Juara Liga Super 2009 pada Selasa lalu apabila membenam PDRM 6-1, cuma turun untuk melengkapkan jadual yang telah ditetapkan FAM. Walaupun sebagai perlawanan melengkapkan jadual, namun Selangor turun dengan berhati-hati kerana Pahang dilabel sebagai pasukan underdog dengan misi mereka mesti menang untuk mengelakkan dari tercicir ke Liga Perdana musim depan.