• Hi! Malaysia
    0 0 Comments 0 Shares
  • 0 0 Comments 0 Shares
  • 0 0 Comments 0 Shares
  • 0 0 Comments 0 Shares
  • Malaysia power
    0 0 Comments 0 Shares
  • Memandangkan di sini ramai yang tidak begitu faham tentang konsep kerakyatan atau kewarganegaraan, kami jelaskan konsep tersebut serta contoh pemain yang mewakili negara mereka berdasarkan setiap konsep.

    Jus Soli (Latin: Right Of Soil)

    Kerakyatan atau kewarganegaraan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengambil kira kerakyatan atau keturunan ibu bapa. namun bergantung kepada perlembagaan satu-satu negara, syarat kerakyatan berdasarkan konsep jus soli tidak dianggap mutlak atau absolute i.e. bersyarat - majoriti negara memerlukan salah seorang daripada ibu bapa ialah rakyat atau penduduk tetap negara tersebut untuk seseorang layak diberi kerakyatan ketika kelahiran. sebilangan kecil negara seperti USA, Kanada, majoriti negara Amerika Latin, Pakistan, dan Kemboja antara yang memberi kerakyatan berdasarkan konsep jus soli secara mutlak tanpa syarat sedemikian.

    antara pemain yang mewakili negara berdasarkan konsep jus soli namun layak mewakili dan/atau memegang passport negara lain berdasarkan keturunan ibu bapa atau datuk & nenek (nama: negara yang diwakili / negara parentage):

    1. David Trezeguet: Perancis / Argentina
    2. Sal Zizzo: USA / Itali
    3. Zlatan Ibrahimovic: Sweden / Bosnia atau Croatia
    4. Lucas Leiva: Brazil / Itali
    5. Karim Benzema: Perancis / Algeria
    6. Khalid Boulahrouz: Belanda / Maghribi
    7. Hatem Ben Arfa: Perancis / Tunisia
    8. Sami Khedira: Jerman / Tunisia
    9. Zinedine Zidane: Perancis / Algeria
    10. Lewis Holtby: Jerman / England

    Jus Sanguinis (Latin: Right Of Blood)

    Kerakyatan atau kewarganegaraan yang diberi berdasarkan negara asal keturunan, dan bukan negara kelahiran. sepertimana konsep jus soli, di majoriti negara syarat berdasarkan jus sanguinis tidak dianggap mutlak i.e. bersyarat; sebagai contoh salah seorang daripada ibu atau bapa mesti secara rasmi ialah rakyat atau warganegara ketika dilahirkan, bergantung kepada perlembagaan satu-satu negara. Malah ada beberapa negara turut mengambil kira keturunan moyang, seperti Itali. Beberapa negara, hanya mengambil kira ibu bapa sahaja, dan ada negara yang mengambil kira bapa sahaja seperti Malaysia - bermakna jikalau seseorang yang dilahirkan di luar negara kepada ibu adalah warga Malaysia tetapi bapanya pula warga negara lain, tidak dianggap layak untuk kerakyatan Malaysia mengikut konsep ini.

    antara pemain yang mewakili negara berdasarkan konsep jus sanguinis walaupun dilahirkan di negara lain (nama: negara yang diwakili - hubungan / negara kelahiran). harus diingat yang beberapa pemain dalam senarai ini tidak memegang kerakyatan negara kelahiran mereka kerana peraturan single-nationality:

    1. Terry Butcher: England - ibu bapa / Singapura
    2. Miroslav Klose: Jerman - bapa / Poland
    3. Claudio Gentile: Itali - ibu bapa / Libya
    4. Aiden McGeady: Ireland - datuk & nenek / Scotland
    5. Shaun Maloney: Scotland - ibu bapa / Malaysia
    6. Owen Hargreaves: England - bapa / Kanada
    7. Frédéric Kanouté: Mali - bapa / Perancis
    8. Zesh Rehman: Pakistan - ibu bapa / England
    9. Mauro Camoranesi: Itali - moyang / Argentina
    10. Simone Perotta: Itali - ibu bapa / England

    Naturalisasi

    kerakyatan atau kewarganegaraan yang diberi kepada bukan warganegara, bukan berdasarkan kelahiran atau darah keturunan namun telah memenuhi syarat untuk mendapat kewarganegaraan berdasarkan perlembagaan satu-satu negara. Biasanya diberi selepas menetap untuk tempoh beberapa tahun, namun tempoh menetap berbeza mengikut negara. Portugal sebagai contoh, 6 tahun. Malaysia pula 10 tahun. Switzerland pula 12 tahun Sedangkan FIFA hanya memerlukan 5 tahun sahaja.

    antara pemain yang mewakili negara berdasarkan konsep naturalisasi (nama: negara diwakili / negara kelahiran)

    1. Pablo Mastroeni: USA / Argentina
    2. Deco: Portugal / Brazil
    3. Freddy Adu: USA / Nigeria
    4. Edgar Davids: Belanda / Suriname
    5. Fahrudin Mustafić: Singapura / Serbia
    6. Greg Nwokolo: Indonesia / Nigeria
    7. Marcos Senna: Sepanyol / Brazil
    8. Cacau: Jerman / Brazil
    9. Alessandro Santos: Jepun / Brazil

    walaupun FIFA tidak menyebut perlunya passport sebagai bukti kerakyatan atau kewarganegaraan, namun in worldwide practice passport ialah bukti kerakyatan atau kewarganegaraan seseorang - menjadikan seseorang hanya layak dianggap rakyat atau warganegara apabila secara rasmi memegang passport negara terbabit. Malah mengikut perlembangaan di kebanyakan negara, dua kerakyatan atau kewarganegaraan adalah tidak dibenarkan - mengambil kerakyatan atau kewarganegaraan lain akan menyebabkan yang asal terlucut secara automatik.

    pada masa yang sama, walaupun FIFA menyatakan yang pemain boleh mewakili negara mereka berdasarkan 3 faktor - tempat kelahiran, negara asal ibu & bapa serta datuk & nenek (hubungan kandung), atau residency selama 5 tahun - namun kata putus terakhir tentang kerakyatan atau kewarganegaraan pemain terletak pada undang-undang & pelembagaan satu-satu negara. bermakna in practice peraturan FIFA hanya menjadi panduan atau notional sahaja, dan tidak dianggap lebih besar berbanding undang-undang dan perlembagaan negara. Jikalau mengikut peraturan FIFA, Mauro Camoranesi tidak dianggap layak mewakili Itali kerana passport Itali diperoleh melalui moyang beliau yang berhijrah daripada negara tersebut ke Argentina - sedangkan perlembagaan Itali tidak mengenakan had terhadap bilangan generasi asalkan yang terdahulu dan keturunan mereka sehingga sekarang masih lagi memegang passport Itali. Jadi FIFA tidak menafikan Camoranesi daripada bermain untuk Itali kerana beliau secara sah memegang passport Itali, apatah lagi kerana beliau masih lagi tidak dipanggil untuk mewakili Argentina.

    **macam kes Perancis, pemain mereka yang dikatakan naturalisasi itu sebenarnya lahir di Perancis namun berketurunan pendatang, dan mengikut undang-undang Perancis mereka adalah warganegara dan bukannya dianggap pendatang mahupun orang luar. Tak ada beza dengan pemain warga Malaysia berketurunan bukan-bumiputera di Malaysia ini.
    0 0 Comments 0 Shares
  • 0 0 Comments 0 Shares
  • 0 0 Comments 0 Shares
  • 0 0 Comments 0 Shares
  • 0 0 Comments 0 Shares