- Ulangan Detik Final Pestabola Merdeka
- Source : youtube and TV3 .
http://www.youtube.c...h?v=s7XC-2DIUyI
Toggle shoutbox Shoutbox
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Page 1 of 1
Nostalgia Pestabola Merdeka
#2
Posted 08 September 2008 - 08:49 PM
game ni aku pi tengok.................waalla.................last game selepas malaysia kalah ngan indon masa tu aku frust gila masa tu dah la nak beli tiket siap bergaduh. nak beli tiket nya hal handpon aku plak ilang tambah la frust...........nasib baik masa game ni aku dapat tenggok dengan rasa bangga olah kerana malaysia menang bergaya.
#3
Posted 08 October 2008 - 04:47 PM
ak tgk kt tv je mase tuh kt laluan tayangan tv kat kolej perindu uitm shah alam.. penuh gak org kat laluan tayangan tu.. lagi2 bile goll... ak siap bwk bndera msia ngn geng2 ak.. haha.. mase tuh nk gi stadium takleh sbb balik jb mlm tu takut bas tinggal.. haha.. kali ni ak nk gak pi stadium.. jom..
#5
Posted 09 February 2010 - 10:35 PM
msiabole10 said:
- Ulangan Detik Final Pestabola Merdeka
- Source : youtube and TV3 .
http://www.youtube.c...h?v=s7XC-2DIUyI
- Source : youtube and TV3 .
http://www.youtube.c...h?v=s7XC-2DIUyI
video ni da kene band la .. This video has been removed due to terms of use violation. u tube ckp
#6
Posted 30 August 2010 - 04:31 PM
Sempena ulang tahun kemerdekaan

MASIH segar dalam ingatan penulis apabila dibawa ke Stadium Merdeka untuk menyaksikan Pestabola Merdeka edisi 1980. Dipimpin oleh arwah bapa, penulis teruja dengan peluang menonton aksi nama-nama masyhur yang hanya dikenali menerusi pembacaan akhbar dan majalah Dunia Sukan terbitan Utusan Malaysia.
Final tahun itu mempertemukan Malaysia dengan Maghribi. Dengan reputasi sebagai pasukan yang layak ke temasya Sukan Olimpik beberapa bulan sebelum itu, Malaysia dilihat mampu melakar kemenangan.
Penulis menonton dari belakang gol. Maghribi mendahului 2-0, dengan jaringan kedua mereka disempurnakan menerusi sepakan percuma ketika penjaga gol negara, Chow Chee Keong dan bentengnya belum bersedia.
Sejurus sebelum wisel penamat, tiba-tiba penghulu benteng Soh Chin Aun, dengan stokinnya sudah tergulung ke pergelangan kaki, membuat larian solo dari kawasannya sendiri sebelum membuat penyudah. Sayangnya, segalanya sudah terlambat. Malaysia tewas 2-1. Penulis pulang kecewa.
Penulis dihambat nostalgia 30 tahun lalu kerana sambutan Hari Kebangsaan ke-53 Selasa ini. Ramai sudah tentu maklum Pestabola dianjur sempena kemerdekaan negara pada 1957.
Rembat Kosmo! menyingkap semula satu pertandingan yang bukan saja menjadi lambang kemegahan sukan Malaysia, bahkan dijadikan wadah pendedahan bertaraf Asia buat pemain, jurulatih, pegawai penganjur dan pengadil serta pentas pemain mencipta nama.
Jadi Pestabola secara retrospektif dihidangkan di muka 13.
Bos Manchester United Alex Ferguson mengutuk Manchester City dan trend jutawan-jutawan mengambil alih kelab Inggeris lalu membuat pelaburan besar-besaran. Ferguson menyifatkan trend ini sebagai pelaburan kamikaze dan isu ini dibincangkan di muka 3, manakala Galeri di muka 8 dan 9 menyentuh undian Liga Juara-juara Eropah.
Bagi mereka yang berusia 37 tahun, tentunya lebih selesa bermain bola sepak secara riadah tetapi Ryan Giggs masih membanting tulang membantu Ferguson dan United. Ikuti kisahnya di muka 7.
Dalam keseronokan mengikuti bola sepak luar negara, wajar juga kita menghulurkan sokongan kepada arena tempatan. Fikirkan apakah sumbangan kita dalam memberi nafas baru kepada industri sukan itu, sama ada menghantar anak bermain di klinik mingguan, menjadi sukarelawan di padang atau bermain di bawah terik mentari.
Merdeka harus membawa makna kita bebas membuat keputusan yang kita fikirkan betul. Kalau bukan kita yang menyokong rakan senegara kita, siapa lagi? Selamat Hari Kebangsaan.
Jumpa lagi.
Rizal
Sumber: Blog Rizal Hashim

Share this topic:
Page 1 of 1
Sign In »
Register Now!
Help

Back to top
MultiQuote