Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia: RAHSIA MENJADI PEMAIN BOLASEPAK LAGENDA - Kelab Penyokong Bola Sepak Malaysia

Jump to content

Toggle shoutbox Shoutbox

Malaysia Power
lipans  : (17 April 2014 - 03:11 PM) ... The committee also approved the proposal to rank the member associations based on their national teams' and clubs’ performance over last four years in AFC competitions. Thirty per cent of points will be allocated for national teams’ performances, while 70 per cent will be for the clubs’ showings.

Upon confirmation of the rankings, the countries ranked 1 to 24 will be eligible to play in the AFC Champions League. Those ranked 25 to 32 will be eligible to participate in the AFC Cup group stage, while the remaining countries ranked between 33 to 47 will be provided an opportunity to play in the AFC Cup play-off stage.
lipans  : (17 April 2014 - 10:25 AM) asian cup 2019 akan jadi 24 team. So takda alasan lagi untuk tidak layak kali ni.
lipans  : (17 April 2014 - 10:25 AM) http://www.aseanfoot...org/v2/?p=16122
Lanun.Land  : (14 April 2014 - 11:26 AM) pertukaran dengan nazmi faiz ke
lipans  : (14 April 2014 - 10:10 AM) pkns nak hazwan bakri....
Lanun.Land  : (13 April 2014 - 02:37 PM) atm semakin di landasan tepat..memburu kejuraan Liga Primer 2015
wandin07  : (12 April 2014 - 10:50 PM) x la..
Lanun.Land  : (12 April 2014 - 03:34 PM) hang baru balik larkin ke wandin?
wandin07  : (12 April 2014 - 02:02 AM) xpa2...next game lwn sabah bagi menang
wandin07  : (12 April 2014 - 02:02 AM) kalah pulak penang mlm ni..
lipans  : (10 April 2014 - 05:26 PM) Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari.
Lanun.Land  : (07 April 2014 - 04:35 PM) jom malam ni g selayang... felda vs kedah
wandin07  : (04 April 2014 - 09:58 AM) ak da balik last 2week ago.\
wandin07  : (04 April 2014 - 09:58 AM) x la..
Lanun.Land  : (02 April 2014 - 10:03 AM) wandin.. minggu ni balik penang x
Lanun.Land  : (01 April 2014 - 10:55 AM) uish kompang2
ghost  : (01 April 2014 - 10:42 AM) hehe
ghost  : (01 April 2014 - 10:41 AM) bang barney
wandin07  : (31 March 2014 - 02:37 PM) memasing sibuk kot
wandin07  : (31 March 2014 - 02:36 PM) sejuk jer...
Resize Shouts Area

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

RAHSIA MENJADI PEMAIN BOLASEPAK LAGENDA Ketahui rahsia utama pemain lagenda

#1
User is offline   Idola 

  • Rakyat Jelata
  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 04-June 12
Salam semua, saya nak share tentang artikel rahsia melahirkan pemain lagenda.

Meskipun pemain lagenda kita hanya seorang iaitu Mokhtar Dahari, namun tidak mustahil akan keluar lagi 100 Mokhtar Dahari di negara kita. Bagaimanakah caranya?
Saya baca dari forum lain kemudian saya susun semula dan terbitkan artikel ini disini. Mokhtar Dahari menjadi pemain lagenda bukanlah disebabkan oleh bakat semulajadi seratus-peratus, tetapi dia menjadi pemain lagenda kerana usahanya, ketekunannya, dan rahsia yang ditemuinya. Kemahiran, kepantasan dan kekuatan tendangan adalah aset untuk menjadi pemain bolasepak handalan, disini saya listkan teknik atau rahsia untuk pelatih dan pemain bolasepak untuk mencapai skill yang diperlukan, mengikut kaedah Mokhtar Dahari.

Dari analisa yang dilakukan menunjukkan bukti bagaimana Mokhtar boleh bermain sebegitu hebat. Disebabkan beberapa perkara:
1. Kemahiran
2. Kepantasan
3. Kekuatan tendangan.

Kemahiran:
1. Tendangan tepat ke gawang gol, samada jauh atau dekat - Kaedah ini memerlukan tendangan latih tubi supaya tendangan tepat ke gawang gol. Mokhtar menggunakan tembok simen sebagai latih tubinya.

2. Stamina dan tenaga - Latihan stamina secara normal dan dicadangkan supaya minum air tongkat ali orang kampung atau livita 1 tin, 1/2 jam sebelum turun bermain sebagai tenaga tambahan.(ni cadangan saya hehe)
3. Kekuatan tendangan - bola yang ditendang terlalu laju ke gawang gol sukar ditangkap penjaga gol- Yang ini perlu masuk gim dan buat senama untuk kekuatan otot peka dan betis, peha yang besar dan berotot pejal menandakan kekuatan. Tendangan Mokhtar dahari jika dilihat dalam video klip amat laju, mungkin bola melayang dengan kelajuan 100 km sejam dan sukar ditangkap penjaga gol.
4. Berfikiran tenang.

Skill tendangan tepat dari jauh hanya boleh dibuat dengan kaedah dibawah:

Posted Image

Attached File(s)


0

#2
User is offline   Idola 

  • Rakyat Jelata
  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 04-June 12
Gambarajah diatas:

Tembok simen perlu dibina, kemudian guna cat untuk buat garisan petak gol, latih tubi tendang sehingga setiap percubaan adalah tepat samada jauh atau dari dekat.

Posted Image

Gambarajah 2:
Tendangan sambil belari, ke dinding untuk skill tendang dan kejar bola.

------

1. Latihan skill - Skill tendangan ke tembok seperti gambarajah diatas memang ada dibuat oleh mokhtar dahari, sebab itu setiap percubaannya tepat ke gawang gol, skill ini juga terdapat pada penyerang terkenal dunia seperti pele, maradona, Ronaldo dan lain-lain.
Semua penyumbat gol terbanyak memiliki skill ini. Dan lain-lain latihan, namun ini yang paling utama..percubaan menyumbat gol. Tendangan mokhtar dahari terlalu kuat dan bola melayang laju, kelajuan bola 20 meter lebih laju dari pergerakan 1 meter pergerakan penjaga gol.( penjaga gol tidak sempat ).

2. Maradona - latihannya sehingga bola dan kakinya menjadi satu. Atau seolah-olah skill kakinya seperti tangan bila mengawal bola, atau seperti mahirnya tangan kita memegang pen selepas darjah 3. Darjah satu kan kekok.

3. Pele - Sama seperti maradona(kiki seperti tangan mengawal bola) dan ada kelebihan tendangan bola yang kuat dan terlalu laju untuk ditangkap penjaga gol.

Dengan adanya latihan tendang ke tembok petak gol, menjadi titik permulaaan pasukan malaysia sampai ke piala dunia. Dan menjadi juara di piala dunia pun tak mustahil. Sebab skill menymbat gol adalah yang terpenting, kalah atau memang adalah disebabkan sumbatan gol. Percayalah...

Percubaan menyumbat gol tidak perlu dari dekat, cukup dari jauh tapi tepat, jika 20 kali percubaan menyumbat gol dilakukan, kebarangkalian untuk dapat 2-4 gol adalah tinggi. Jika kita mengharapkan sumbatan dari dekat peluang ini sukar kita dapat...mungkin tak dapat langsung. Tapi percubaan dari jauh(luar petak fenalti) 30 kali pun kita bolah buat.

Betul tak? itulah sebabnya kita kene berlatih tendang dari jauh tapi tepat ke gawang gol.
0

#3
User is offline   Idola 

  • Rakyat Jelata
  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 04-June 12
Jika 8 orang pemain ada skill sumbat gol, sudah cukup untuk mengalahkan mana-mana pihak lawan. Sebab kebiasaannya setiap pasukan mengharapkan 1 atau 2 orang sahaja sebagai taring penyerang untuk penyumbat dari dekat(betul tak?). Namun jika stail ditukar, sumbatan dari jauh, semua ada skill, percubaan sumbatan 10-20 kali dalam satu perlawanan.

Kalau mokhtar dahari tu memang ada tembok simen yang dilukis petak gol. Kenapa dia guna tembok simen untuk latihan? haa sebabnya kalau kita tendang bola tak perlu menyusahkan orang ambil bola, simen tu dah cukup untuk bola melantun semula. Bole tendang seberapa banyak pun..kalau tiang gol biasa kan susah nak ambil bola yang ditendang tu. Inilah skill latihan yang paling hebat.

Posted Image
Posted Image
Posted Image

Maradona punya skill bawa bola sampai dekat pintu gol, mokhtar punya skill cukup dari jauh sahaja dah gol. Carilah clik kat you tube, clip mokhtar, pele dan maradona. Syok tengok.

Ini pendapat saya,

1. Setiap pemain perlu ada ciri utama:
a. Sentiasa bersemangat
b. Keyakinan diri - semangat tidak gentar kepada lawan, pandang lawan seperti semut. Tapi tak boleh cakap takbur, jawapannya mesti kalah.
c. Otot tubuh yang bagus - kene masuk gim taip2 minggu
d. Muda dan bertenaga - 19 tahun - 26 tahun
e. Gandingan persefahaman - Latihan satu bola untuk dua orang.
f. Tendangan yang power - kene masuk gim jugak buat senaman kaki sampai naik otot.
g. Tendangan tepat ke gawang gol.
h. Setia pemain mesti ada skill, kalau tak ada skill mesti tidak akan datang keyakinan diri. - Perlu latihan dengan tembok simen dulu.
2. Semua diatas tu dah ada, baru boleh turun padang
3. Air tongkat Ali orang kampung jangan lupa, fungsinya mengekalkan stamina sepanjang permainan.
0

#4
User is offline   Idola 

  • Rakyat Jelata
  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 04-June 12
Dan ini pula teknik rembatan power. Semua pasukan tahu teknik ini tapi kurang dipraktikkan sebab tendangan selalunya tak tepat. Bagaimanapun setelah berlatih dengan tembok barulah tendangan akan menjadi tepat. Semua percubaan dari jauh tapi power dan tepat. Ulangi sehingga 20 kali percubaan dalam setiap perlawanan. Dan boleh kenduri gol.

Posted Image

Posted Image

Peluang untuk buat rembatan dari jauh memang banyak. Mungkin sekalii lagi malaysia menjadi pasukan yg digeruni. Untuk berjaya kita kena ikut contoh orang yang telah berjaya, contoh Mokhtar dahari, Pele dan Mradona..tiga pemain ini dulu yang pelu kita siasat disebalik kehebatannya.

Sambung lagi sikit bab rembatan power tu, tentang kasut: Untuk buat rembatan power kene guna kasut jenis tali tidak berada di atas, sebab kekuatan maksima tendangan terletak di tanda 90 seprti gambar dibawah.

Posted Image
Posted Image
Posted Image


Tiga formula saya tu adalah titik tolak untuk menjadi pemain lagenda, semuga ia dapat disampaikan kepada generasi muda dan dihebah-hebahkan. Semalam saya cuba sepak bola kat dinding rumah, pergh...baru saya tau rahsianya dan kenapa Allahyarham Mokhtar melakukannya.

Latihan Sepak ke dinding, Rembatan power dan kasut tali ditepi..
0

#5
User is offline   Idola 

  • Rakyat Jelata
  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 04-June 12
Pada pendapat saya, mungkin satu pasukan perlu ada sekurang-kurangnya 20-30 buah serangan tendangan dari jauh. Mungkin dari 20 -30 percubaan kebarangkalian mungkin dapat 5 gol. Namun tendangan hendaklah tepat ke pintu gol.

Mengelecek bola sampai ke depan pintu gol saya rasa permainan yang tidak bijak, sebab 10 serangan hampir semua dipatahkan oleh pertahanan. Teknik baru perlu dicuba, sepakan padu dari luar petak penalti atau luar petak yang satu lagi sudah memadai. Memang tidak dinafikan susah untuk membuat tendangan tepat ke pintu gol, namun jika dilatih tidak ada masalah lagi, lagi satu tali kasut memang buat kacau menyebabkan bola melambung entah kemana, pemain eropah pun macam tu jugak, shoot dari jauh bola melambung entah kemana. Saya yakin formula saya formula yang bijak, sebab memang ada logiknya.

Saya perhatikan, kaki tidak sama seperti tangan, kaki cepat kekok bila direhatkan. Oleh itu ia perlu dilembutkan atau dihidupkan dengan sepak tubi ke dinding sebelum permainan, sama pemain gitar, dia akan cek dulu tune tali gitar setiap kali mula bermain, untuk pastikan ketegangan tali tersebut menghasilkan bunyi yang tepat. Kalau nak bawa kereta pun sama, cek dulu side mirror ok ke tak sudutnya, cermin dekat kepala, free gear dan lain-lain. Pastikan ia berada dalam kondisi yang bersedia.

Untuk cek kaki, kekok atau tidak...jawapannya macam Allahyarham Mokhtar buat, sepak tubi ke dinding untuk pastikan kakinya berada dalam tune yang betul.
Walaubagaimanapun ini hanyalah pendapat saya, mungkin anda lebih arif lagi. Ok, selamat mencuba. :) :)
0

#6
User is offline   Ivan Valchanov 

  • Member
  • PipPip
  • Group: Members
  • Posts: 21
  • Joined: 28-July 10
  • LocationEtropole, Bulgaria
Secara jujurnya saya tak berkenan sangat dengan berharap kepada rembatan jauh semata-mata. Kalau dari dekat pun, asalkan rembatan padu, teknik rembatan dan tendangan yang betul, boleh menerjah gawang juga.

Sebab frust tengok Selangor duk main longshot memanjang waktu semi lawan Kelantan..
Posted Image
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

1 User(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users