Perak yang dikenali dengan slogan dikuasai oleh semangat penyokong kini hampir lumpuh dan kecewa dengan tindakan presiden PAFA yang telah memecat beliau oleh kerana kelantangan beliau memberikan pandangan berkenaan kemelut dan masa depan bolasepak perak. aku sebagai penyokong bolasepak malaysia am nya dan sebagai penyokong bolasepak perak khasnya, membantah sekeras kerasnya tindakan presiden perak memecat jamil yang telah lama berkhidmat dan menyokong pasukan perak. ini takde kene mengena dengan agenda politik, tapi nizar memang zero pasal bolasepak perak yang mana dikuasai oleh semangat penyokong! KEMBALIKAN JAMIL!TURUN NIZAR!
ShutUp
Jamil disingkir dari majlis Pafa
Oleh Azizan Hashim
PRESIDEN Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman dipecat Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada majlis persatuan itu berkuatkuasa Khamis lalu.
Begitupun tiada alasan diberi buat pemecatan Jamil yang dilantik ahli majlis oleh Mohamad Nizar selepas mengambil alih tampuk persatuan tanpa bertanding pada September tahun lalu.
Begitupun tindakan itu dipercayai berikutan kelantangan Jamil menyuarakan pandangan terutama mengenai kemelut yang melanda Perak selepas pendedahan gagal beraksi dalam kancah Liga Super oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), baru-baru ini.
“Apa salah saya. Saya hanya mengutarakan rintihan dan pandangan ahli KPBP yang bimbang dengan masa hadapan bola sepak Perak.
“Saya tiada agenda politik sebaliknya hanya mahu yang terbaik untuk pasukan Perak. Begitupun nampaknya Presiden Pafa ini tidak boleh ditegur dan dinasihati.
“Jika sebagai pemimpin, kita tidak boleh ditegur lebih baik jangan jadi pemimpin. Pada saya memang dia tidak layak jadi pemimpin dan patut turun,” kata Jamil dalam pertemuan di Ipoh, semalam.
Abdul Jamil berpendapat Mohammad Nizar sepatutnya mencari jalan menyelesaikan masalah yang mencengkam Perak .
“Saya sedar dia ada hak untuk memecat saya tetapi selesaikah masalah hutang Perak kepada pemain dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?
Pada masa sama Jamil mempertikai kesahihan pemecatannya itu kerana tidak dibawa dalam mesyuarat ahli majlis serta surat pemecatan tidak ditandatangani Setiausaha Agung Pafa, Anuar Hashim.
Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
One Flesh,One Breath,One Life,One Blood,One Silvermaniac!
-

shutup - HMC Ultras Capo

- Posts: 3695
- Joined: 21 May 2008, 03:05
- Location: kepong,cheras,ipoh
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
POLITIK OH POLITIK..
segera swastakan liga kita
segera swastakan liga kita

Tanpa beliau takkan mudah bagi
Gergasi Merah untuk mencipta kemenangan

We're proud to have you
AMRI YAHYA
Gergasi Merah untuk mencipta kemenangan

We're proud to have you
AMRI YAHYA
-

msiabole10 - HMC Advisor Committee

- Posts: 4610
- Joined: 16 May 2008, 21:17
- Location: Taman Melawati, Selangor
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
dipindah ke thread perak fa
-

skyjuice - My Word is LAW!

- Posts: 1913
- Joined: 12 Jul 2007, 15:23
- Location: Stamford Bridge
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
kembalikan jamal..
?
kehkehkeh
jamal pernah jadik presiden ke wehhhhh
? kehkehkeh
jamal pernah jadik presiden ke wehhhhh
- Wanchang
- Hulubalang

- Posts: 464
- Joined: 20 Oct 2008, 15:04
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!

http://4.bp.blogspot.com/_UknFLQn-LQ0/S ... +Sepak.jpg
http://perakexpress.com/www/2009/11/17/ ... ang-perak/

YA.. ALLAH..!!! ENGKAU HANCURKANLAH ISRAEL...
- real_relawan
- Rakyat Jelata

- Posts: 117
- Joined: 29 Oct 2008, 10:28
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
apa dah jadi ni??
SELANGOR = RED GIANT
RED GIANT = SELANGOR
RED GIANT = SELANGOR
-

fadly_super09 - Panglima

- Posts: 1679
- Joined: 25 Dec 2008, 19:41
- Location: seksyen 182 ke shah alam united ke selangor
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
politikus...
ipoh mali tala sombong da bekubur ke?

ipoh mali tala sombong da bekubur ke?

-

azwan_26 - Rakyat Jelata

- Posts: 112
- Joined: 26 Oct 2008, 11:14
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
swastakan saja PAFA
Menanti Kegemilangan Harimau Harimau tanpa Belang
-

HarimauEmo - Rakyat Jelata

- Posts: 165
- Joined: 23 Jan 2009, 16:34
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
kehkehkeh...
sizen yg sangkut duit tuh adalah apabila BN kaloh dgn PR (tahun lepaih le tuh)..
spekulasi teman sendiri adalah..
duit tuh dah allocate.. tapi dok tabur merata2 dulu untuk pilihanraya..
sekali kalah daaa...
cner nak jastifai ke mana duit tuh pergi..??
ini sangkaan bughok teman dari awal sampai sekarang...
shame on yuuu Dato' Don!!!
sizen yg sangkut duit tuh adalah apabila BN kaloh dgn PR (tahun lepaih le tuh)..
spekulasi teman sendiri adalah..
duit tuh dah allocate.. tapi dok tabur merata2 dulu untuk pilihanraya..
sekali kalah daaa...
cner nak jastifai ke mana duit tuh pergi..??
ini sangkaan bughok teman dari awal sampai sekarang...
shame on yuuu Dato' Don!!!
- Wanchang
- Hulubalang

- Posts: 464
- Joined: 20 Oct 2008, 15:04
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
adakah kepimpinan PAFA menanggung kesilapan-kesilapan pemimpin PAFA sebelumnya,
sambil kepimpinan PAFA sekarang terus diasak oleh kepimpinan yang sebelumnya?
siapa yang betul?
siapa yang tak betul?
sambil kepimpinan PAFA sekarang terus diasak oleh kepimpinan yang sebelumnya?
siapa yang betul?
siapa yang tak betul?
GO SELANGOR GO & HARIA PENANG HARIA
-

sharul_ah_long - Rakyat Jelata

- Posts: 112
- Joined: 01 Jan 2009, 09:19
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
NO POLITIC2 NNTI KENA BANNED
SELANGOR = RED GIANT
RED GIANT = SELANGOR
RED GIANT = SELANGOR
-

fadly_super09 - Panglima

- Posts: 1679
- Joined: 25 Dec 2008, 19:41
- Location: seksyen 182 ke shah alam united ke selangor
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
menyedihkan betul bila team favourite aku jadi ceni... da la xdapat nak sokong dorang kat stadium... jadi ceni plak...
ape citer ni...
ape citer ni...
My Blog http://shidod.blogspot.com
Events..sports..Food..Guitars..Entertainment... and a lil bit stupidity
My Youtube Channel http://www.youtube.com/powlaaku <-New Video!!!
My Songs http://www.myspace.com/shidimusic <-New song!!!
Events..sports..Food..Guitars..Entertainment... and a lil bit stupidity
My Youtube Channel http://www.youtube.com/powlaaku <-New Video!!!
My Songs http://www.myspace.com/shidimusic <-New song!!!
- whatsupbro
- Hulubalang

- Posts: 457
- Joined: 25 Oct 2008, 17:31
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
fadly_super09 wrote:NO POLITIC2 NNTI KENA BANNED
ala bro kalau dia nak suarakan pendapat dan pandangan dengan maklumat apa ada hal? mana hak kebebasan bersuara. standard la kalau hal management mestila relate dengan politik, gila apa takda politik.
- singamalaya
- Rakyat Jelata

- Posts: 59
- Joined: 18 Jul 2009, 22:16
Re: Suara Penyokong DiTindas Dibumi Perak!
Syor KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MENGHARAMKAN PENGLIBATAN ORANG POLITIK DALAM PERSATUAN SUKAN...
sape setuju angkat gigi...
p/s : Masih ingatkah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah MENGHARAMKAN menteri kabinet menjawat jawatan dalam persatuan sukan..
sape setuju angkat gigi...
p/s : Masih ingatkah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah MENGHARAMKAN menteri kabinet menjawat jawatan dalam persatuan sukan..
-

man_playerz - HMC Editor Committee

- Posts: 1756
- Joined: 23 Oct 2008, 17:46
- Location: Kuantan, Pahang.
Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 2 guests



