KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya melonjakkan kedudukan ke tangga 146 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); satu kenaikan yang dianggap terbaik dalam tempoh lima tahun.
Berdasarkan senarai ranking dunia FIFA, semalam, Malaysia memperbaiki kedudukan 13 anak tangga, berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu iaitu di tangga ke-159 dunia.
Dalam senarai terbaru yang diperoleh daripada laman web rasmi FIFAitu, kedudukan terkini skuad bola sepak Malaysia itu turut dibantu dengan kemenangan menewaskan Yemen dalam perlawanan persahabatan pada 27 Februari lalu.
Malaysia pernah mencatat keputusan terbaik pada tahun 1993 iaitu di kedudukan 79, 1994 (89), 1996 (96) dan 1997 (87).