Setelah berteka-teki untuk beberapa ketika, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya mengumumkan sebentar tadi (Ahad, 31/01/2010) bahawa pasukan bawah-21 kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Harimau Muda A akan dihantar ke Slovakia untuk beraksi di Liga Divisyen 1 Slovakia (lapisan kedua hirarki liga bola sepak Slovakia selepas Liga Super Slovakia).
Timbalan presidennya, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad mengumumkan, keputusan itu dicapai sebulat suara oleh semua exco FAM di dalam mesyuarat sebentar tadi di Wisma FAM. Harimau Muda A dijangka akan memulakan saingan pada 27 /02/2010 ini.
Bagaimanapun, status penyertaan Harimau Muda A ini masih belum benar-benar sahih, dan dijangka FAM akan mengumumkan status sebenar dalam masa terdekat ini.
Kita mengharapkan perkara ini akan benar-benar terjadi, dan tiada lagi sebarang masalah 'teknikal' sepertimana yang berlaku sebelum ini.
Sebarang pengumuman baru mengenai perkara ini akan dikemaskini kemudian.
