Mostly Cloudy

Kuala Lumpur, MY

28°C

Mostly Cloudy

Humidity: 79%

Wind: N at 2 mph

Advertisement

TM Liga Premier 2010 : Keputusan Perlawanan 3

Berikut adalah keputusan perlawanan ke-3 TM Liga Premier 2010 yang berlangsung pada Isnin, 18/01/2010.


Klik read more untuk laporan akhbar, penjaring gol setakat ini, dan carta TM Liga Premier 2010 selepas 3 perlawanan.

KUALA LUMPUR - Felda United merampas kedudukan pendahulu saingan Liga Perdana selepas mengatasi Universiti Sains Malaysia (USM FC) 4-1 di gelanggang lawan, semalam.

Keputusan seri Selangor PKNS membuka ruang buat Felda merampas kedudukan pendahulu liga dengan mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan.

Selangor PKNS sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Sarawak di Stadium Sarawak, Kuching.

Selangor PKNS membuka jaringan pada minit minit ke-34 menerusi Mohammad Zamri tetapi tuan rumah menyamakan kedudukan di minit ke-39 melalui jaringan Zamri Morshidi.

Di Stadium Olahraga USM, Fatrurazi Rozi menjadi wira Felda United apabila menjaringkan hatrik untuk mengukuhkan kedudukan sebelum Chow Chee Weng mengesahkan kemenangan minit ke-82.

Gol-gol jaringan Fatrurazi hadir pada minit-minit ketiga, 12 dan 49.

Gol sagu hati USM disumbangkan oleh Mohamad Baser Mahamed Napae minit 28.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pasukan tuan rumah, Pos Malaysia mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Shahzan Muda.

Pos Malaysia mendahului seawal minit ke-10 setelah percubaan Hasrul Abu Bakar terkena pemain Shahzan Muda dan bola melambung cantik ke dalam gol.

Shahzan Muda bagaimanapun tidak mengambil masa lama untuk menyamakan kedudukan apabila Nik Shahrul Anizam Mohamad melepasi perangkap ofsaid dan mudah menyumbat gol minit ke-22.

Pasukan pelawat terlepas peluang menambah jaringan pada minit ke-35 apabila sepakan penalti yang diambil Eswady Mokhtar tersasar.

Pos Malaysia memperoleh gol kedua menerusi Mohd. Hanifuddin Abd. Rahman minit ke-65, sebelum G. Puaneswaran menjaring gol ketiga minit ke-80.

Di Stadium Likas, penyandang juara, Harimau Muda menundukkan Sabah 3-2 menerusi dua jaringan Wan Zack Haikal minit kelapan dan minit akhir separuh masa pertama, sebelum Mohd. Irfan Fazail menambah jaringan minit ke-70.

Dua gol Sabah disumbangkan oleh Henry Charles Tarsi minit keempat dan Altolinus minit ke-56.

Di Stadium Hang Tuah, Melaka sekadar mencatat keputusan seri 2-2 menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Majlis Perbandaran Muar.

Sumber dan kredit : Utusan Online

Penjaring gol TM Liga Premier selepas 3 perlawanan

5 Gol:
Fatrurazi Rozi (Felda United)

4 Gol:
V. Saravanan (ATM)

3 Gol:
Mohd Zamri Hassan (PKNS)

2 Gol:
Zulindra Shahputra Adam (Melaka)
K. Depan Sakwati (Melaka)
Wan Hoesne Wan Hussain (PKNS)
Rosli Azizan (Majlis Perbandaran Muar)
Zamri Morshidi (Sarawak)
Mohd Baser Mohamad Napae (USM)
Mohd Hanifuddin Abdul Rahman (Pos Malaysia)
Wan Zack Haikal (Harimau Muda)

1 Gol:
Khairul Izwan Rosli (Harimau Muda)
Haziq Zikri Elias (Harimau Muda)
Mohd Amer Saidin (Harimau Muda)
Mohd Irfan Fazail (Harimau Muda)
Mohd Khairul Zal Azmi (Pos Malaysia)
Hasrul Abu Bakar (Pos Malaysia)
G. Puaneswaran (Pos Malaysia)
Mohd Munir Amran (Felda United)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Felda United)
Chow Chee Weng (Felda United)
Mohd Supian Heri (Shahzan Muda)
Nik Shahrul Anizam Mohamad (Shahzan Muda)
Henry Charles Parsi (Sabah)
Alto Jinus (Sabah)
Eddy Gapil (PDRM)
S. Harivarman (PDRM)
Rafi Katim (Melaka)
Zainal Zakaria (ATM)
Mohd Syafiq Abd Samad (ATM)

 

Carta TM Liga Premier 2010 selepas 3 perlawanan

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy