Mostly Cloudy

Kuala Lumpur, MY

28°C

Mostly Cloudy

Humidity: 79%

Wind: NE at 2 mph

Advertisement

TM Liga Premier 2010 : Keputusan Perlawanan 5

Berikut adalah keputusan perlawanan ke-5 TM Liga Premier 2010 yang berlangsung pada Jumaat, 29/01/2010.

Klik read more untuk melihat laporan akhbar, penjaring gol dan carta TM Liga Premier 2010 selepas 5 perlawanan

 

HATRIK Fatrurazi Rozi mengekalkan Felda United unggul di persada Liga Perdana menerusi kemenangan 4-2 ke atas pendatang baru, Pos Malaysia di Stadium MPS, Selayang malam tadi.

Fatrurazi menambah koleksi jaringannya musim ini kepada sembilan dengan gol minit ke-42, 65 dan 67 manakala pemain gantian Arshah Ayob menjaringkan gol keempat pada minit ke-76 sebelum Pos Malaysia merapatkan jurang menerusi gol G Puaneswaran dan Mohd Hafiz Mahadi, masing-masing pada minit ke-80 dan 82.

Pasukan di tangga kedua, PKNS pula memerlukan gol minit terakhir oleh Wan Mohd Husni Wan Husin untuk membolehkan mereka terus mengekori Felda selepas menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Hang Tuah, semalam.

Ketika kedua-dua pasukan kelihatan terpaksa berkongsi satu mata apabila terikat 1-1, Wan Mohd Husni menghadirkan sentuhan pemusnah pada minit ke-90.

Di Stadium Sarawak, Tentera terus menambah aib Sarawak apabila membenam tuan rumah 3-0 dengan V Saravanan membuka jaringan pada minit ke-37 dan 41 sebelum Mohd Syafiq Abd Samad melengkapkan malam ceria buat pelawat pada minit ke-56.

Di Stadium Likas, Sabah menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk membenam Majlis Perbandaran Muar 4-0.

Altolinus memulakan pesta buat tuan rumah pada minit ke-14, disusuli dua gol Farid Idris (m-28, penalti m-78) dan penalti Zainizam Marjan, dua minit sebelum tamat permainan.

Di Stadium USM, nasib malang terus menyelubungi institut pengajian tinggi awam pertama beraksi di Liga Malaysia apabila kecundang 1-0 kepada Harimau Muda menerusi jaringan Aziq Zikri m-46. Polis pula mencatat kemenangan 1-0 ke atas Shahzan Muda di Stadium Paroi.

Sumberdan kredit : Bharian Online

Carta TM Liga Premier 2010 selepas 5 perlawanan



Senarai penjaring gol TM Liga Premier 2010 selepas 5 perlawanan

9 Gol:

Fatrurazi Rozi (Felda United)

6 Gol:

Mohd Zamri Hassan (PKNS)
V. Saravanan (ATM)

3 Gol:
Wan Hoesne Wan Hussain (PKNS)
Alto Jinus (Sabah)
Haziq Zikri Elias (Harimau Muda)

2 Gol:
Zulindra Shahputra Adam (Melaka)
K. Depan Sakwati (Melaka)
Rosli Azizan (Majlis Perbandaran Muar)
Zamri Morshidi (Sarawak)
Mohd Baser Mohamad Napae (USM)
Mohd Hanifuddin Abdul Rahman (Pos Malaysia)
G. Puaneswaran (Pos Malaysia)
Wan Zack Haikal (Harimau Muda)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Felda United)
Mohd Syafiq Abdul Samad (ATM)

1 Gol:
Khairul Izwan Rosli (Harimau Muda)
Mohd Amer Saidin (Harimau Muda)
Mohd Irfan Fazail (Harimau Muda)
Mohd Khairul Zal Azmi (Pos Malaysia)
Hasrul Abu Bakar (Pos Malaysia)
Mohd Hafiz Mahadi (Pos Malaysia)
Mohd Munir Amran (Felda United)
Chow Chee Weng (Felda United)
Rashid Mahmud (Felda United)
Hasmawi Hassan (Felda United)
Mohd Arsyah Ayob (Felda United)
Mohd Supian Heri (Shahzan Muda)
Nik Shahrul Anizam Mohamad (Shahzan Muda)
Eswady Mokhtar (Shahzan Muda)
Henry Charles Parsi (Sabah)
Mohd Farid Ideris (Sabah)
Zainizam Marjan (Sabah)
Eddy Gapil (PDRM)
S. Harivarman (PDRM)
Khairul Izuan Abdullah (PDRM)
Rafi Katim (Melaka)
Zainal Zakaria (ATM)
Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS)
Mohd Fitri Omar (PKNS)

 

 


Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy