Mostly Cloudy

Kuala Lumpur, MY

28°C

Mostly Cloudy

Humidity: 84%

Wind: N at 4 mph

Advertisement

TM Liga Super 2010 : Keputusan Perlawanan 7

Berikut adalah keputusan perlawanan ke-7 TM Liga Super 2010 yang berlangsung pada 30/01/2010, 8.45 malam.

Klik read more untuk melihat laporan akhbar, senarai penjaring dan carta TM Liga Super 2010 setakat ini

KUALA LUMPUR - Safiq Rahim muncul penyelamat Selangor untuk terus menjarakkan diri sebagai peneraju carta persaingan bola sepak Liga Super musim 2010 dengan jaringan penyamaannya yang mengikat Perlis 1-1, semalam.

Golnya menerusi sepakan percuma sejauh 25 meter pada minit ke-39, melegakan dan membawa juara bertahan itu memiliki kelebihan dua mata liga berbanding Terengganu yang cuba menyaingi di tangga kedua dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-1.

Selangor bagaimanapun ketinggalan dengan tandukan masuk Ahmad Fakri Saarani di Stadium Utama Negeri, Kangar yang menyudahkan umpanan Azrul Ahmad dan Amar Rohidan pada minit ke-10.

Terengganu pula bangkit dengan kemenangan keempat liga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menerusi jaringan sepakan bebas Zairo Anuar Zalani dan tandukan Ashaari Shamsudin pada minit kedua dan 90.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pula memastikan mereka turut mengekori di tangga ketiga setelah menumpaskan T-Team 3-1 hasil dua jaringan Azlan Ismail (minit ke-25 dan 58) selain Faizal Abu Bakar (16).

Kelab pelawat dari Kuala Terengganu itu bagaimanapun beroleh gol sagu hati menerusi Norhisham Hassan, sembilan minit sebelum tamat permainan.

Kegagalan Singa Utara meraih mata penuh di Kangar turut membuka ruang buat Kelantan memintasnya ke tangga keempat setelah mengatasi Pulau Pinang 3-1 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Sekalipun ketinggalan dengan gol V. Jaganathan pada minit ke-13, tuan rumah tetap menggenggam tiga mata hasil jaringan hatrik penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-46, 50 dan sepakan penalti (88).

Dua lagi pasukan, Johor FC dan Pahang turut memperbaiki kedudukan masing-masing untuk menyertai kumpulan lapan teratas liga dengan mengutip mata penuh di Stadium Perak, Ipoh dan Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Anak buah Ramlan Rashid menjinakkan Perak 3-0 hasil jaringan Khairul Ismail, Zulhisham Jamaluddin dan Eddy Helmi Manan pada minit ke-41, 60 dan 88 sementara Azamuddin Akil dan Shahrizan Salleh membawa Pahang mengatasi KL PLUS 2-1.

Kelab dari Lembah Klang bimbingan Mat Zan Mat Aris itu cuba mencuri satu mata empat minit sebelum tamat menerusi gol penyamaan Mohd. Lot Abu Hassan.

Sumber dan kredit : Utusan Online

 


Carta TM Liga Super 2010 setakat ini

 

Penjaring gol TM Liga Super 2010 setakat ini

7 Gol:

Azlan Ismail (Kedah)

6 Gol:
Ashaari Shamsudin (Terengganu)

5 Gol:
R. Surendran (Selangor)
Safee Sali (Selangor)

4 Gol:
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

3 Gol:
Mohd Shahrizan Salleh (Pahang)
Mohd Failee Mohd Ghazali (Pulau Pinang)
Abdul Manaf Mamat (Terengganu)
Joseph Kallang Tie (Terengganu)
Haris Safwan Mohd Kamal (T-Team)
Safiq Rahim (Selangor)

2 Gol:
Mohd Firdaus Mohd Faudzi (Terengganu)
Mohd Azrul Ahmad (Perlis)
Ahmad Fakri Saarani (Perlis)
Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur)
Mohd Firdaus Azizul (Negeri Sembilan)
Idris Karim (Negeri Sembilan)
Indra Putra Mahayuddin (Kelantan)
Mohd Ridzuwan Ma'on (Johor FC)
Mohd Khairul Ismail (Johor FC)
Razali Umar Kandasamy (Perak)
Mohd Amirul Hadi Zainal (Selangor)
Azamuddin Mohd Akil (Pahang)
Mohd Lot Abu Hassan (KL Plus)

1 Gol:
Norizam Salaman (Negeri Sembilan)
Amri Yahyah (Selangor)
Hardi Jaafar (Selangor)
Mohd Razman Roslan (Selangor)
Raimi Mohd Noor (Kuala Lumpur)
Mohd Badrul Hisyam Azmi (Kuala Lumpur)
Hazrul Hazran Amiruddin (T-Team)
Norhisham Hassan (T-Team)
Mohd Fadzli Shaari (KL Plus)
Mohd Nazrin Nawi (KL Plus)
Mohd Nizaruddin Yusof (KL Plus)
Muhd Naim Naseer Khan (Pulau Pinang)
V. Jaganathan (Pulau Pinang)
R. Surendran (Pahang)
Mohd Nazri Kamal (Perak)
Saufi Sa'aidi (Perak)
Mohd Syazwan Roslan (Perak)
Wan Rohaimi Wan Ismail (Johor FC)
Zulhissyam Jamaluddin (Johor FC)
Eddy Helmi Abdul Manan (Johor FC)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Kelantan)
Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan)
Azizi Mat Rose (Kelantan)
Mohd Norfarhan Mohamad (Kelantan)
Mohamad Irfan Abdul Ghani (Johor)
Wan Mohd Shukri Wan Ahmad (Perlis)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Azmi Muslim (Kedah)
Samransak Kram (Kedah)
Faizal Abu Bakar (Kedah)
Zairo Anuar Zailani (Terengganu)

Gol Sendiri:
Joseph Kallang Tie (Terengganu) - 1 gol

 


 

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy